Search This Blog

Loading...

Sunday, 8 January 2012

Misteri di sebalik Villa Nabila - Copypaste -

Salam semuanya. Korang ingat lagi tak entri yul yang lepas mengenai Villa Nabila tu? Ala, tempat yang berhantu tu lah. Menurut kawan yul, Hafiz yang juga seorang penulis notes di facebook, Villa Nabila nie sebenarnya dah dirobohkan. Yul pon tak pasti bila masa Banglo tu dirobohkan. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya. Kadang-kadang yul pon tertanya-tanya jugak, kenapa tempat tu jadik famous amos sangat dengan cerita misteri. Sebab tu yul and the gang nak terjah kesana, tapi tak sempat pulak sebab dah dirobohkan pula. Sebelum nie, ada jugak kesana, tapi tak jumpa pulak simpang nak masuk kedalam Banglo Villa Nabila tersebut. Korang boleh lah klik (open new tab) sini, pengalaman yul semasa mencari rumah banglo tersebut 5 bulan yang lepas kot.



tapak rumah banglo Villa Nabila


Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie. Sebenarnya yul ada cerita menarik yang ingin dikongsikan kepada korang semua disebalik misteri rumah banglo tersebut. 


Menurut cerita apa yang yul tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yangg orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada  yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.


Ada beberapa budak penakut yang yul dengar cerita nie lagi lah best, takut punya pasal, dieorang pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas dieorang bersahur kat Singgah Selalu (depan danga bay) pukul 2 pagi, dieorang terus buat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba-tiba bumbung kereta dieorang kena ketuk. Lagi dasyat enjin kereta dia tak boleh nak hidup. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup dan mereka membatalkan hasrat untuk menjejak kan kaki ke dalam Villa Nabila tu.


Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak. Tapi yul masih tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. 



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=fQ1omgTq-rk

Yul selitkan sedikit video suasana disekitar Villa Nabila diwaktu pagi. Tak sempat yul nak pergi dah roboh pulak banglo tu. Nie kerja budak-budak politeknik pasir gudang la yang buat video. 


Tunggu entri kisah seram yang selanjutnya mengenai kisah seram disebalik Mahmoodiah pulak, tempat jenazah islam dikuburkan. hehe.


Sumber http://www.yulsahaja.com/2011/02/disebalik-kisah-seram-banglo-villa.html#ixzz1iw5mohWt
Under Creative Commons License: Attribution

2 comments:

  1. bila mase pulak vila nabila tu dirobohkan.. tak pernah pun..masih ade kat situ lagi.jangankan kata vila dah dirobohkan, semak samun pokok2 besar tu pun takde yg bersihkan. masih juga menjalar macam tu lagi. baru malam tadi dgn kelmarin kecoh budak hilang kt situ. masuk paper masuk berita. tak pergi tengok sendiri ke kt vila nabila tu? rugi tak pergi tengok.bila lagi ade peluang nk tengok. org ramai kt situ sampai jam.sanggup tunggu lama2 kat situ..saya sendiri pun baru tahu pasal kes budak hilang ni malam tadi. masa on the way ke bandar tu dari jauh dah jam. ingatkan roadblock besar-besaran, rupanya orang ramai berkerumun kat vila nabila tu. bila balik lalu pun masih ramai orang. tak pernah sesesak itu mengalahkan sesak kat pasar karat segget kat bandar bila malam minggu. kedua-dua belah jalan raya jam. saya dan suami decide utk stop juga tengok apa yg berlaku. dapat jugalah masuk vila tu masa orang ramai masuk vila tu. tapi jangan rasa selamat sangatlah masuk walaupun ramai org dalam tu sebab tetap juga ade kemungkinan kejadian kalau mulut celupar, berlagak masuk tempat2 macam tu. selama ni saya dengan suami kalau lalu vila nabila ni mesti berbual pasal vila ni. bila ade peluang nk masuk tengok, kenapa takde yg nk bersihkan atau bangunkan semula...tapi mungkin vila nabila ni dah tak boleh 'diusik' jadi lebih baik dibiarkan begitu sahaja, takut nanti kalau ade yg cuba2 bersihkan tapi gagal, nanti dah jadi cerita lain pulak...mase masuk sampai keluar, tak lepas tangan dengan suami, takut nanti bila keluar tu bawak 'orang' lain pulak kan... haha.. tapi alhamdulillah, so far baik2 sahaja..

    ReplyDelete
  2. di dlm alquran ada myatakn allah jadi kn jin kemudian bru manusia jdi kehidupan mahluk yg berbeza dunia dgn kita memang wujud jadi setiap benda yg mistik ada khdupan mereka trsndri namun darjat yg paling tnggi adalah manusia sbgai umat nabi mohammad saw kita pegang pd hadis n alquran..bia la benda2 mistik tu trus berkeliaran n cuba mzahirkn dri pd manusia jgn pulak manusia yg jdi mistik...kesimpulan nyer ada mata lihat ada telinga dgr ada mulut diam...x pyh nk buat spekulasi yg bkn2 sya mnta maaf klau ada slh n silap

    ReplyDelete