Search This Blog

Loading...

Monday, 9 January 2012

Kisah di Old Upper Thomson Road

Salam pendengar Misteri Jam 12,
Berikut merupakan klip-klip video yang dipetik dari VCD Misteri Jam 12: Jangan Takut Hantu. Rangkaian klip-klip video ini mengenengahkan DJ KC membaca kisah-kisah yang bersangkut-paut dengan tempat-tempat yang beliau kunjungi iaitu Old Upper Thomson Road, perhentian bas di Pusara Aman dan di Neo Tiew Road. Diharap anda terhibur!!!

Kisah Seram dan Sedih Seorang Kekasih

Kisah ini berlaku kat Ampang...

Ada seorang kawan ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini 
ditolak kerana dia ni seorang salesman kereta sahaja..

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli Kentucky kat Ampang Point,.dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada 
kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, 
malang akan menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"
Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang 
besar, beli kat kedai.....


Hahahahaha sekadar hiburan~ Jangan marah ye...

Cerita-cerite Mitos Jalan Karak

Banyak cerita ceriti berkaitan dengan Karak Highway yang sangat famous ni kan… saya berjalan-jalan di forum cari dan terjumpe satu thread fasal Karak Highway yang sangat menarik untuk dibaca.. saya ni mmg suke cerita-cerite mistik ni…saya pun tak tau nak cakap saya percaya ke tak… tapi sebagai satu aktiviti masa lapang.. cerita-cerite begini lagi bagus dibaca dari merempit kan…ooo by the way, saya bukan nak promote cerita Karak – Laluan Puaka yang akan ditayangkan tak lama lagi tu yea!!kalau dapat duit tak pe…kebanyakan cerita dibawah di cedok dari forumcari yea..
1. Cerita hearsay di Karak Highway
1) Lokasi – Karak Highway selepas terowong dari arah KL.
2) Tarikh – Sekitar 1984
3) Mangsa – Keluarga cina. Suami (Mati), Isteri & anak kecil (baby).
4) Saksi – Isteri mangsa, orang awam yang terserempak dengan kereta & makhluk tu serta 2 orang polis peronda yang menyelamatkan isteri & anak lelaki malang tu.
5) Rupa makhluk – Seakan2 kelawar tapi besar & boleh terbang.
6) Bukti – Gambar mayat tak berkepala ada dalam fail simpanan polis.
7) Kes – x-file (Unsolved mistery)
8) Teori – Ia angkara manusia, pontianak, pengganas kominis, harimau & binatang buas lain.

Cerita ni ada berbagai versi iaitu cerita seakan sama tapi lokasi dan jalan cerita berubah2. Ada yang kata bukan polis tapi askar yang jumpa keluarga tu. Ada pulak kata lokasi di jalan Bentong lama dan macam2 lagi. Tak payahlah saya ulang cerita tu sebab saya rasa ramai yang dah tahu
satu lagi
yes penah dengar versi mangsa dijumpa oleh keter polis.
aku dengar masa kat ITM dulu. driver bas itm ada citer masa depa blk dr kelantan htr student….

dengar citer natang tu mcm kelawar besar tinggi manusia.
dah kene tembak – cedera – lari turun gaung bukan terbang mcm sesetenagh citer.
x tau la mana betul….

ikut citer lg si wife tu org kedah. org merbuk.
si laki tu aku tatau….

lg satu…. tun mahathir waktu tu minta kes ni dirahsiakan sbb xnak jd kecoh n menakutkan. kes ni disiasat. contoh darah natang tu di amik n mayat tu juga dibedah siasat. ada sisa air liur makhluk tu pd mayat. mayat lengkap berkepala cuma dadanya terbelah terkopak. isi badan byk dah robek kene makan. tp yg pelik darah setitik pun dah takde… dah kering mcm kene sedut gituhhh…
so teori n persoalan waktu tu ialah…:
- makhluk ghaib – tak juga sbb hantu jin setan takde fizikal yg bila kene tembak akan cedera.
- binatang – tak juga sbb walaupun keluar darah tp belum lg ada spesis yg dikenali berbentuk kelawar besar setinggi manusia n bersayap.. oyyeee ikut citer polis menatang tu lari berjalan… masa berjalan die mengheret sayapnya. so maknanya sayapnya tu lebih panjang dr badan die. mungkin die makhluk terbang tp dah cedera kene tembak dah xleh terbang lagi.
- makhluk asing? – TUDM n juga US dihubungi utk bantuan maklumat samada ruang udara mana2 kws diceroboh. jawaban aku tatau….. tukang cerita kes ni pun taktau.

mangsa yg selamat (wife) waktu tu peknen.
uit panjang pulok…
dan lagi
kat karak…
sebijik kete rosak… laki kuor… polis lalu… nampak berok besor(bukan kelawar) tengah kerje kan laki tu… polis tu bukan seren.. berok tu lari… pastu amek pompuan bawak gi balai

versi len gak…
kete rosak.. laki kuo.. nak carik bantuan… pastu tetibe kete kene hentam sesuatu.. bini tgk keliling takde per per… pastu polis benti. tanya.. ajak gi balai… polis cakap kat pompuan tu jgn pandang belakang kenderaan.. tapi bile pompuan tu tengok dia nampak mayat laki dia tanpe kapale…

versi len..
kete rosak.. laki kuo… tetibe.. berdentum atas kete… bini takut nak kuo… ade orang len lalu… bukak lampu tinggi… nampak berok besor atas kete tengah pegang kepale org… berok tu lari… org tu gi balai.. polis dtg… amek pompuan tu gi balai

3 versi len yg pernah aku dengor
2. Cerita Benar di Karak Highway
korg cite psl karak hiway ni baru aku teringat, 1 kwsan rehat, “Hentian sebelah lentang”, situ ada air terjun. exit situ leh wat u-turn bawah hiway tu.
masa balik raya kelantan tahun lepas, ada sorg passenger iaitu bini kpd biras aku (adik kakak ipar aku) nk g toilet… masa tu jem giler, dh stgh jam tktau nk benti katner, last2 smpai kat area hentian sbelah lentang tu, aku masuk le, igtkan ada la R&R macam R&R yg lain… rupa2nya gelap gelita. aku nmpak (suluh ngan lampu van unser) toilet, kaunter restoran situ masih dlm pembinaan , lom siap. so, biras aku pun baak le bini dia g tepi kolam, jauh le gak, gelap.
aku duk nunggu tu tiba2 je baby dia yg akak aku dukung tu nangis kaw2. tah tiba2 aku punya bulu roma plak naik berdiri. tk smpai sminit, aku dgr ada benda jatuh dlm kolam tu (bunyi mcm benda besar la), gelap = tk nampak apa. aku igtkan biras aku or bini dia jatuh ke… tp kejap je lepas tu, diorg dtg balik n ckp “dah setel”. aku pun sambung drive, smpai kat hiway, aku tanye le biras aku tu, bunyi apa jatuh dlm air tadi? dia sengih je, n ckp, “nnti citer”. smpai kat mana tah, bila dh kurang jem, jln pun cerah n kete banyak, dia kata yg dia pun tktau apa. mcm batu besar kena campak ke dlm air. smpai terpercik kena dia seolah halau dia tkmo bg guna air kat situ.
sori la klau korg baca pnjang2, tp isi cite aku tkde mende sgt, aku saje je nk cite jugak..
mitos sahaja..tak perlu la nak amik serious… dulu cerita begini pun ade di highway Pagoh…lepas tu highway Simpang Ampat, Melaka..

Sunday, 8 January 2012

Diganggu Makhluk Halus - Copypaste -

Segala cerita yang yul terbitkan nie berdasarkan dari pengalaman hidup yul kat dunia nie. Cerita ini bukanlah direka-reka ataupon dibuat-buat. Semuanya adalah benar-benar belaka. Tiada yang palsu mahupon fitnah. Tak percaya tanya yul sendiri.


Seumur hidup yul, yul memang tak pernah pon jumpa hantu atau makhluk halus. Tapi, tabiat yul nie agak pelik sedikit tak sama dengan manusia-manusia yang normal seperti lain. Asyik-asyik tengok kat televisyen je kan. Kalau boleh yul nak tengok juga macam mana rupa paras hantu atau makhluk asing tu yang sebenarnya.  Pernah juga pergi ke kubur cina,  tengah-tengah malam tapi satu apa pon tak jumpa. Bunyi anjing menyalak je. Meremang tu memang ada, tapi rasa hati nie memang betul-betul nak tengok depan mata secara live. Sampai saat ini, kalau yul tak sibuk, memang kompem pergi jalan-jalan nak tengok hantu bersama kawan-kawan.
Suasana disekitar Villa Nabila

Nie lah tempatnya

Tak berapa jelas sebab curik kat google


Dua bulan yang lepas, kawan yul ada juga bercerita pasal Villa Nabilla dekat-dekat dengan hospital Sultanah Aminah, JB nie. Yul memang tak pernah pergi kesana. Kata orang tempat tu berhantu. Kalau masuk 10 orang, keluar nanti kompem kurang seorang. Sama ada betul kew tidak yul tak pasti lah kesasihannya. Jadi, pada malam tu jugak, yul dengan kawan-kawan pergi kesana nak tengok macam mana keadaan tempat tersebut. Kiteorang cuma pergi bertiga sahaja menaiki kenderaan  pacuan 4 roda. Nak pergi kesana kene lalu kawasan istana Johor. Bawak kereta slow je lah kat kawasan tu. Maklumlah ye kawasan istana tak boleh bawak laju-laju sangat, kang tak memasal pulak kena tahan kan? Tapi yang peliknyekan, kiteorang tak jumpa langsung villa Nabilla nie. Dah dekat dua, tiga kali kiteorang patah balik mencari tempat tersebut. Padahal, laluan kearah tersebut memang benar. Entah kenapa pada malam tersebut kiteorang tidak menemui jalan ke Villa Nabila tersebut. Dengan rasa hampa kiteorang terus blah meninggalkan kawasan tu dan meneruskan perjalanan ke kawasan perkuburan Islam Mahmoodiah.



Perkuburan Islam Mahmoodiah diwaktu siang


Kalau tengok keadaan sekeliling memang agak menyeramkan kot! Yela, kawasan tapak perkuburan tempat jenazah-jenazah ditanam.  Tetapi kiteorang tak ronda sampai habis kawasan perkuburan tersebut. Kalau nak teruskan perjalanan kat dalam kawasan tu memang agak panjang. Takot kalau apa-apa benda yang tak dijangka berlaku. Bukan takut pocong ok! Orang kata benda-benda macam nie jangan berani sangat. Sebab perkara yang kita tak dijangkakan akan berlaku. Teringat pada kisah silam dulu, akibat berani sangat, yul pernah diganggu.

Kenangan yul sewaktu bersekolah dulu. Memang tak dapat nak lupakan perkara tersebut. Berani jugak kot time tu. Mana taknya, kawan-kawan yul cakap hantu nie banyak merayau pada khamis malam jumaat. Jangan celupar sangat mulut tu. Tapi yul tak percaya benda-benda tu semua sebab masih tak pernah menjumpa atau bertemu.


Nak dipendekkan ceritanya. Kejadian nie berlaku ketika yul berusia 13 tahun. Ketika yul sedang leka bermain dam haji  dengan adik yul yang bongsu tu di ruang tamu, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Kalau korang nak tahu, time tu yul terlepas cakap, lebih kurang cam nie lah, "hantu gila mana pulak yang main-main nie". Korang paham-paham jelah ye. Lepas tu, tiba-tiba je terdengar suara mengilai betul-betul tepat depan pintu ruang tamu tu. Semakin lama, suara itu semakin kuat. Kalau sekali je tak apa, hampir dua, tiga kali juga kot. Meremang seluruh bulu roma yul ketika itu mendengar suara tersebut. Tergamam yul seketika mendengar suara tu. Tanpa melenngahkan masa, kiteorang terus lari lintang pukang masuk bilik sambil menutup telinga dengan perasaan yang amat menyeramkan. Masuk bilik, yul terus berselubung dibawah selimut dan memejamkan mata. Menyesal pulak bila terlepas cakap macam tu. Suara tersebut dah tak kedengaran lagi. Nasib baik dengar suara je, kalau dapat lihat rupa parasnya lagi lah tak terkata dibuatnya. Silap-silap yul terkencing kot masa tu.  Peh! Memang seram gila. Tuhan je yang tahu keadaan yul betapa kecotnya masa tu.


Bagi yul, kat dunia nie kita tak perlu takut kepada benda-benda macam tu. Sebab allah akan sentiasa melindungi dan menjaga kita. Kita hanya takut kepada tuhan yang maha esa. Kerana ia lah pencipta segala-galanya. 


Sumber http://www.yulsahaja.com/2011/01/diganggu-makhluk-halus-pengalamanku.html#ixzz1iw9eLzTY
Under Creative Commons License: Attribution

Kisah Malam Jumaat - Copypaste -



Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.
Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus.

Masa berputar... pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.

Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting

Satu ketika dulu cerita nie pernah digemparkan dengan misteri kehilangan rumah banglo hilang disekitar Masai, Johor. Korang pernah dengar tak cerita nie? Yul pernah kesana, tempat yang dikatakan banglonya hilang tu. Memang kawasan ada satu kawasan tu nampak agak luas tanpa sebarang rumah. Macam mana banglo tu hilang masih tidak diketahui. Wallahualam.


Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipon. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?

Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.

Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.

Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?
apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.

sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011

HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.

Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah.  Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.

Yul selitkan salah 1 story dari seseorang nie.
"Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah. So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie. Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak. hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.

Memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang ipar balik rumah kat taman daya.

Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,

"Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.

Kemudian abang ipar panggil dan cerita tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It's means, Orang India tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu. Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..

Waktu progress work, abang ipar saya tak terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"

Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan. Misteri menjadi semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.
 Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku? Wallahualam. Yul pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma allah je yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Yul memang pernah dengar cite tu, tapi entah la erk. hikhik. 


Sumber http://www.yulsahaja.com/2011/02/misteri-banglo-hilang-di-taman-rinting.html#ixzz1iw7nnFex
Under Creative Commons License: Attribution

Kisah Mistik Di Kemayan City, Johor Bahru - Copypaste -

Assalamualaikum korang semua. Hari ini yul nak bercerita mengenai kisah mistik lagi. Maklumlah ye, hari nie khamis malam jumaat. Barulah feeling baca entri nie, ehehehe. Bagi yang berasal dari JB, korang mesti tahukan Kemayan City tu kat mana. Orang kata tempat nie memang berhantu dan penuh mistik. Sama ada cerita nie betul atau tak, wallahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Masa mula pembinaan dulu, bangunan nie sangatlah gah dan penuh dengan segala kemudahan. Pada ketika tu kalau lah Kemayan City siap di bina, ianya merupakan salah satu shopping complex serba lengkap dan terbesar di JB. Sebab masa tu belum ada Angsana dan City Square kalau tak silap. Tapi sayang. Tiba-tiba pembinaannya terhenti dan terus terbengkalai sampai lah sekarang ini. Segala isi perut banggunan tu dibiarkan begitu sahaja di tepi Jalan Skudai.

Ceritanya bermula begini. Ada sorang warga daripada Kuala Lumpur nie pertama kali berkunjung ke JB. Daripada lebuhraya PLUS tu dia turun ikut EXIT SKUDAI. Dalam perjalanan ke bandar JB, dia ternampak 1 bangunan kelabu yg cantik. Dia pun singgah lah kat situ. Ya, nama tempat tu semestinya Kemayan City. Orang ni di katakan berbelanja dengan banyaknya kerana barang-barang disitu didapati sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Dia memasukkan kesemua barang yang di shoppingnya ke dalam bonet kereta. Dan kemudian terus pergi meninggalkan tempat itu dan menginap di salah sebuah hotel disekitar JB.

Keesokkannya, dia check out daripada hotel dan berjumpa dengan kenalannya di Johor. Dia menceritakan kehebatan shopping complex yang mewah itu dengan barang yang terlalu murah. Tetapi dia di kejutkan kenalannya bahawa shopping complex yang di maksudkan itu tidak pernah beroperasi! Tak puas hati dengan rakannya itu, dia membuka bonet kereta dan! Penuh daun kering di dalam bonetnya itu! Dia tak puas hati dan mengajak rakannya ke shopping complex tersebut. Dan memang sah, ianya adalah sebuah bangunan yang kosong dan sudah lama terbengkalai.

Bayangkan, dengan siapa dia berkomunikasi semalam? Kemana perginya barang yang dibelanjannya? Yang ada di situ hanyalah sebuah bangunan terbengkalai dgn pokok meliputi banggunan.. Memang menyeramkan.. 

Seram bukan tengok tempat nie?

Dah lama terbengkalai


Cerita nie pulak yul dapat daripada salah seorang kawan yul. Credit to Hafiz.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.

Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,”




Jangan terlalu taksub sangat ye. Ia adalah sekadar cerita sahaja yang yul ingin kongsikan kepada korang. Sama ada betul atau tidak. Wallahualam. Hanya allah je yang mengetahui segala-galanya. Kalau korang nak baca entri seram yang lepas boleh klik kat




Sumber http://www.yulsahaja.com/2011/02/kisah-mistik-di-kemayan-city-johor.html#ixzz1iw733vCK
Under Creative Commons License: Attribution

Misteri di sebalik Villa Nabila - Copypaste -

Salam semuanya. Korang ingat lagi tak entri yul yang lepas mengenai Villa Nabila tu? Ala, tempat yang berhantu tu lah. Menurut kawan yul, Hafiz yang juga seorang penulis notes di facebook, Villa Nabila nie sebenarnya dah dirobohkan. Yul pon tak pasti bila masa Banglo tu dirobohkan. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya. Kadang-kadang yul pon tertanya-tanya jugak, kenapa tempat tu jadik famous amos sangat dengan cerita misteri. Sebab tu yul and the gang nak terjah kesana, tapi tak sempat pulak sebab dah dirobohkan pula. Sebelum nie, ada jugak kesana, tapi tak jumpa pulak simpang nak masuk kedalam Banglo Villa Nabila tersebut. Korang boleh lah klik (open new tab) sini, pengalaman yul semasa mencari rumah banglo tersebut 5 bulan yang lepas kot.



tapak rumah banglo Villa Nabila


Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie. Sebenarnya yul ada cerita menarik yang ingin dikongsikan kepada korang semua disebalik misteri rumah banglo tersebut. 


Menurut cerita apa yang yul tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yangg orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada  yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.


Ada beberapa budak penakut yang yul dengar cerita nie lagi lah best, takut punya pasal, dieorang pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas dieorang bersahur kat Singgah Selalu (depan danga bay) pukul 2 pagi, dieorang terus buat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba-tiba bumbung kereta dieorang kena ketuk. Lagi dasyat enjin kereta dia tak boleh nak hidup. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup dan mereka membatalkan hasrat untuk menjejak kan kaki ke dalam Villa Nabila tu.


Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak. Tapi yul masih tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. 



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=fQ1omgTq-rk

Yul selitkan sedikit video suasana disekitar Villa Nabila diwaktu pagi. Tak sempat yul nak pergi dah roboh pulak banglo tu. Nie kerja budak-budak politeknik pasir gudang la yang buat video. 


Tunggu entri kisah seram yang selanjutnya mengenai kisah seram disebalik Mahmoodiah pulak, tempat jenazah islam dikuburkan. hehe.


Sumber http://www.yulsahaja.com/2011/02/disebalik-kisah-seram-banglo-villa.html#ixzz1iw5mohWt
Under Creative Commons License: Attribution

Pontianak Di tanah Perkuburan Cina - Misteri Jam 12 - Copypaste -

Saya Maia Hamid. Hari Sabtu yang lepas, saya bersama saudara-mara saya pergi "Adventure". Kita singgah ke tempat-tempat yang angker seperti Hospital Lama Changi, Kubur Cina Bukit Brown, Rifle Range Road dan Pusara Abadi. Tetapi sepanjang lawatan kami ke tempat-tempat tersebut, tidak pula kami ternampak atau terdengar sesuatu yang aneh. Bila saya pulang ke rumah, saya mandi, bilas kaki dan terus tidur. 

Keesokan hari baru saya teringat nak tengok balik rakaman yang saya petik semalamnya. Alangkah terkejutnya apabila saya ternampak sesuatu di bawah pokok sedang duduk. Atau boleh dikatakan Pontianak!!! Rakaman yang saya petik itu sudah saya letakkan di laman Youtube. Kalau anda menonton klip ini, cuba tengok bahagian minit ke-3:58. Saya juga ada memberhentikan video itu supaya lebih kelihatan jelas. 

http://youtu.be/VnE-vgBnSUI

Hantu Penanggal

Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu. 

Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba. 

Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh. 

Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam. 

Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Cerita Seram - tak seram kot

Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan. Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka. Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2? "Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

HANTU MAKIN BANYAK ATAU MAKIN BANYAK CERITA HANTU?

Lambakkan filem, drama, telemovie berkisahkan tentang hantu, misteri, mistik, pontianak, polong & bagai ni membuat banyak pula berita berkenaan histeria, gangguan misteri & mistik, pontianak, polong & bagai ni di akhbar2 sekarang ni. Apa yang menjadi persoalannya.. Apakah dulu kurang hantu & sekarang hantu makin banyak??

Semua orang nak highlight kisah2 yang bertemakan sedemikian rupa tak kira la filem/drama ataupun akhbar sebabnya macam jadi satu trend sekarang cerita or berita macam tu mendapat sambutan. Banyak pula kes - kes histeria di laporkan berlaku di sekolah2 sehingga terpaksa di tutup kerana kejadian serangan histeria tu menganggu proses pembelajaran.

Kalau dulu cerita hantu kurang di tayang di pawagam atau tv maka kes - kes gangguan makhluk ghaib ni pun kurang di tulis dalam akhbar. Bila semakin banyak cerita2 bertemakan macam ni di pawagam & tv.. banyak pula kes - kes gangguan makhluk ghaib ni di tulis dalam akhbar. Apakah ini kesempatan yang di ambil sebab ia mendapat perhatian orang ramai atau memang sekarang ni lebih banyak hantu berbanding dulu??

Mungkin juga sekarang ni makhluk2 ni dah semakin hilang tempat tinggal sebab banyak hutan dah di tebas licin.. gunung bukit di tarah rata untuk projek pembangunan. Kita sedia maklum di tempat2 berikut adalah tempat tinggal makhluk2 tersebut. Bila dah di bangunkan maka dorang pun berkeliaran la tanpa arah. Ditambah lagi dalam zaman yang serba maju & laju ni.. manusia kembali jahil dengan mempercayai amalan2 syirik & khurafat. Memuja, menyeru & berdamping dengan makhluk2 ghaib tersebut. Faktor2 tu mungkin juga punca gangguan sebegini terjadi secara berleluasa.

Apapun kita memang harus percaya kewujudan makhluk2 ghaib ni sebab dalam Al-Quran sendiri menyatakan kewujudan mereka tapi tidak lah kita harus taksub pada makhluk tu sampai terpesong akidah & terlupa mereka juga makhluk Allah dan tiada kuasa dapat menandingi kuasa Allah. Apa yang berlaku adalah dengan keizinanNya juga maka kepadaNya juga kita wajib memohon perlindungan & pertolongan.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi Sang Lekit. Mana2 kesilapan dalam kenyataan dalam entri ni Sang Lekit harap dapat lah korang perbetulkan sebab ilmu sang lekit ni tidak la setinggi mana, kan?? Apa juga pandangan anda terhadap isu ni amat sang lekit alu - alu kan.

Membongkar Kuburan Cina - Indonesia

cerita lain seputaran kuburan cina kuno itu dialamin temen gw sendiri.

Temen kuliah gw ini orang miskin, bapaknya udah meninggal & ibu nya jualan nasi (waktu itu se piring cuma 1000 perak) di tempat mangkalnya tukang2 becak, karena profesi almarhum bapaknya itu tukang becak.

Karena miskinnya itu lah dia sambil kuliah sambil buka toko pigura (toko kecil kok, modal waktu itu cuma 2 jutaan aja).Dan waktu kuburan cina itu dibongkar temen gw ikut bantu2 bongkar kuburan cina dengan upah 300 ribu per kuburan. Cara ngitung nya dengan menghitung jumlah tulang belulang yang dikumpulkan, setiap tulang belulang 1 orang dihitung 1 kuburan.

ada salah 1 temen nya dia yang ikut bongkar kuburan itu main curang, tulang dari 1 kuburan dibagi2 ma dia sehingga seakan2 berasal dari 2 orang. Tentunya udah nggak ketauan lagi karena bisa aja diakui memang tulang2nya sudah nggak lengkap...


baru pertama kali dia (temennya temen gw) melakukan itu, malem nya dia didatengin sama orang cina pake baju kuno (kaya di film2 vampir mandarin itu) yang tangan & kakinya buntung...awalnya cuma di mimpi doank sih katanya, dikejar2 sampe jatuh bangun & akhirnya kebangun.

Saking takutnya dia mau jalan2 bentar cari warung angkringan yang masih buka sekedar mau ngobrol2 aja...eh begitu dia buka pintu rumahnya, itu orang cina yang ngejar2 dia di mimpi ada persis di depan pintu...saking kagetnya sampe pingsan & ditemuin sama orang tuanya besok pagi nya tergeletak di depan pintu rumah...

cerita dari pemandu van jenazah

Kawan aku ni aku just sekadar panggil Paman. Sekitar tahun 2007-2008 aku agak rapat dengan die. Dia ni seorang ustaz di sebuah sekolah agama swasta di daerah segamat tetapi buat part time sebagai pemandu van jenazah. walaupun umurnya dah masuk pertengahan 40an, tp die layan aku mcm kawan sebaya dgn dia.
Masa aku bekerja di KIA segamat, kalau takde costemer n bos pun takde aku rajin ikut dia pergi hantar jenazah. Bukan ape, selain dari salah satu taktik aku mengular, ade gak aku dpat pahala amal jariah..hehehe. Tapi aku dlm masa yg sama aku suka gak dengar pengalaman die sepanjang die buat part time pemandu van jenazah ni. Macam2 cerite die cerita n kali ni aku nak kongsi dengan korang.
Cerita Paman, keje ni memang nak kene tabahkan hati, kuatkan semangat..senang cerita kena hati kering la. Selain dari tu, hati pun kena ikhlas n amanah sbb nak jaga maruah si mati. Mula2 aku ikut dia hantar jenazah, aku tanye die tak takut ke? die senyum je.
"tipu lah kalau tak takut, tp dah keje n sebagai menunaikan tuntutan frdhu kifayah, aku tawakkal je." 
rupanya baru aku tau..kdg2 paman ni dah dapat sign dulu klu ade jenazah yg die nak urus n hantar. selalunya petanda ni 2 or 3 hari dah ade. tapi ikut "nasib" si mati gak. kalau dari kalangan org yg baik2..selalunya baju die bau wangi mase die nak pg ambil jenazah tu. tu petanda plg kerap. petanda kedua, kalau ada orang nak mati selalunya pengusung n keranda tu dah start berbunyi mcm org ketuk kat pengusung tu. kalau korang nak tau, paman ni selalunya letak pengusung tu di sekolah agama tempat die mengajar. so kalau die nk ambil je pengusung tu, pak guard akn cakap malam tadi pengusung tu dah berdentang dentung kene ketuk. petande ade orang nak baring atas pengusung la tu. kalau aku jadi pak guard tu dah lame aku balik tido kat umah.
kadang2 paman ni kene hantar jenazah tu ke destinasi sorang2. korang berani tak bawa van, kat belakang ade mayat terbaring n kau kene drive selama 2 jam. takde orang teman. hanya kau n jasad tak bernyawa..hahaha.. kate paman, selalunya time cam ni dugaan memang hebat, tp taklah seram sangat mcm cerite kat filem tu. pnh sekali tu, die rase mcm ada org duduk kat sblah keranda. pastu telinge n tengkok die kene hembus dari belakang. tak cukup ngn tu, telinga die kene jentik2...haaa shempoooottt...kalau aku dah demam dah.
plg die tak dapat lupe pula, die pernah bawa mayat empat sekawan penagih yg mati kene gilis dgn keretapi sebab lalok kat tengah2 rail keretapi. semua mayat hancur. bau die tak leh nak cakap. hanyir, busuk, dan mcm2 lagi. paman cerite die takkan lupa bau busuk tu. kalau bawa jenazah org yg 'kureng' ni, selalunya mmg banyak halangan. selalunya bau busuklah, walaupun mayat tu sempurna. kadang2 van die mcm berat je. bile turun je jenazah tu, barulah van die ringan balik
cerite plg buat aku tegak bulu roma mase die cerite die hantar satu jenazah ni ke pahang, ade lah kat satu highway yg feymes ni...tgh syok2 die drive tetibe je sekor pontianak leh bertenggek kat depan van die. nasib baik tak terbabas. die pun bacalah ayat kursi. bende tu siap menyeringai je..pastu terbang balik.
tulah serba sedikit cerite paman kat aku. tapi banyak yg die taknak cerita, buat dose kering sebab buka aib orang katenye. tp pd aku bnyak pengajaran dari cerite die. 


Wikipedia - Hantu

Hantu (Tulisan Jawi: هنتو) pada asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-
  1. Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
  2. Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia.


[sunting]
Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat

Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.
Di Barat mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgatori atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada di awang-awangan, tempat, menurut nonorthodox doktarin Khatolik, antara Syurga dan Neraka di mana roh bayi yang tidak dibaptise tinggal. Penting bagi mengetahui bahawa walaupun Protestan dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsip (principalities), mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, sepertipoltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Khatolok dan Kristian Anglikan (dan Christian Spiritualism), percayakan hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).
Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai kepada kelahiran semula (reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan "dikitar semula" kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi "hantu kepada hantu". Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka hak dilahirkan semula. Mangsa "pembunuh" paranormal dikenali sebagai ti4si2gui3 (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.
Dalam ugama Hindu,hantu dirujuk sebagai ASURA yang sering digambarkan dalam epik ramayana dan mahabarata dan tiada peneranagn khusus tentang kewujudtanya dalam buku garuda purana.
Kedua-dua Timur dan Barat berkongsi asas yang sama mengenai hantu. Mereka merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai "rumah berhantu"; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai "menghantui". Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mana mereka sering pakai semasa hidup.
Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu laparSentient being dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai "hantu bergaduh".

[sunting]Hantu dalam Islam

Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.

[sunting]Analisa pengkaji sejarah

Sementara sesetengah orang menerima hantu sebagai realiti, ramai yang lain mempersoalkan kewujudan hantu.
Pewaham mungkin cuba menjelaskan hantu yang kelihatan dengan menggunakan prinsip pencukur Occam (Occam's razor), yang mana menyatakan bahawa penjelasan yang mudah dan memandai bagi sebarang keadaan atau fenomena adalah yang penjelasan yang paling mungkin.
Ini bererti bahawa motif dan keikhlasan orang yang melapurkannya dipersoalkan. Sebagai contoh, hantu yang berkeliaran biasanya dikaitkan dengan dendam atau mencari keadilan. Meletakkan kuasa dan motif sedemikian kepada orang mati boleh ditafsirkan sebagai taktik menakutkan mereka yang mungkin menimbangkan untuk membunuh seseorang.
Kedua, kemungkinannya penipuan atau penipuna perlu ditimbangkan, dengan mereka yang melapurkannya dianggap sebagai mangsa. Ia berkemungkinan bahawa kadang-kala menceritakan cerita hantu mungkin satu cara bagi masyarakat terpencil bagi menghindari penceroboh. Ia juga berkemungkinan bahawa sekiranya taktik ini gagal, ia boleh diperbaiki dengan seseorang daripada masyarakat tersebut berlakun sebagai hantu.
Ketiga, penjelasan berasaskan pengetahuan mengenai psikologi manusia diberikan. Sebagai contoh, kemunculan hantu seringkali dikaitkan dengan gambaran bayang lutsinar, kelam, pudar, dan perasaan sejuk. Tetapi tindakbalas haiwan biasa kepada ketakutan adalah rambut tegak, yang boleh dikelirukan dengan rasa sejuk.
Aspek penglihatan hantu boleh dijelaskan melalui fisiologi: penglihatan sisi amat sensitif mengesan pergerakan, tetapi tidak bagi warna atau memfokos bentuk; dengan itu, tirai yang bergerak atau sebarang pergerakan diluar penglihatan fokus boleh menghasilkan ilusi bentuk.
Kewujudan infrabunyi semulajadi, di mana berlaku pada bawah frekuensi yang boleh didengari manusia (di bawah 20 hertz), mampu menjelaskan kecenderungan merasakan "kehadiran" dalam bilik, atau menjelaskan perasaan gelisah atau seram, kerana frekuensi infrasonik tertentu diketahui menghasilkan perasaan sedemikian kepada tubuh manusia.
Faktor psikologi sering kali disebut sebagai penjelasan bagi kejadian nampak hantu: mereka yang lemah semangat cenderong membesar-besarkan apa yang dilihat apabila melawat tapak kejadian sesuatu sejarah yang tidak diingini. Gambaran tertentu seperti gambar dan filem mungkin mendorong seseorang mengaitkan struktur tertentu atau kawasan sebagai berhantu kerana apa yang dilihatnya dalam filem.
Beberapa gambaran mengenai hantu pernah ditangkap secara tidak sengaja oleh masyarakat setempat. Kebanyakkan gambar yang diambil adalah di tepi jalan, kuburan,dan rumah-rumah sakit. Bayangan didalam gambar ini menunjukkan bayangan hitam, kepulan asap,rupa wajah dan juga cahaya yang terang.Tetapi kesahihannya masih belum diketahui.
Beberapa komuniti masyarakat telah mengelaskan pelbagai jenis hantu. Antaranya ialah pontianak, toyol, dan sebagainya.